Quantcast
Channel: Blog Zool
Viewing all articles
Browse latest Browse all 415

Pengalaman Pembedahan Tonsil

$
0
0

Mungkin ramai yang follow blog atau facebook aku akan terbaca mengenai diriku yang mengalami sakit di bahagian tonsil. (Boleh rujuk entry sebelum ini).
Setelah lebih seminggu aku menjalani pembedahan tersebut, aku rasa sudah bersedia untuk berkongsi serba sedikit tentang pengalamanku ini.

Awal tahun 2018 aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan pertama dalam hidupku. Pembedahan membuang tonsil yang mengakibatkan aku akan bercuti selama 2 minggu dari bertugas sebagai penjawat awam di Lembaga Perumahan Melaka. Selepas mendapat kebenaran secara verbal dari bossku aku pun bersetuju dengan tarikh iaitu pada 3 Januari 2018. Aku juga mendapat sedikit pencerahan dari seorang rakanku dimana isterinya juga pernah membuat pembedahan buang tonsil dan sembuh seperti sediakala.

Sijil Cuti Sakit yang dibekalkan oleh Dr Shaharudin

Ia memberitahu bahawa ia adalah pembedahan kecil (minor operation) jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.
Pembedahan dilakukan di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka selepas mendapat pengesahan dari Klinik pakar ENT, Dr Shaharudin. Pada hari Selasa(2 Januari 2018) aku telah datang untuk melakukan pemeriksaan. Aku risau juga sebab ada kencing manis tapi aku memulakan dengan minum air teh peria di rumah. Alhamdulillah ketika pemeriksaan kandungan gula, ia mencatat 6.6 mol dimana ia belum capai tahap yang membimbangkan.
Jadi petang Selasa itu aku dimasukkan ke Wad 323B di Hospital Pantai. Alhamdulillah aku mendapat bilik 2 orang dan berkongsi dengan seorang pesakit Cina. Mula-mula risau kalau isteriku tak dapat nak bersama dalam bilik tersebut tapi dibenarkan oleh petugas di sana. Aku dibawa oleh dua jururawat berbangsa India dan Cina tapi aku tanya juga arah kiblat sebab kena solat bagi aku dan isteri. Ooo ye, Dak Fatih terpaksa ditinggalkan di rumah neneknya.

Masuk Wad .Masa ni fizikal masih ok lagi

Takkan nak bawa sekali pula kan. Memang menganggu le. Petang tu kelaparan mula melanda dan aku turun ke bawah cafe untuk mendapatkan makanan. Mula-mula pergi ke cafe yang dibawah lif tapi dah tutup. Kena pergi satu lagi cafe yang terletak dekat dengan lobi. Agak kelakar bila aku order fish and chip tapi nak dapatnya makan masa dekat setengah jam walaupun tak berapa nak ada orang pun kat cafe tu. Rupa-rupanya pekerja yang beroperasi tu tak berapa nak pandai masak makanan jenis barat ni.
Takpelah layankan je..Malam tu start berpuasa. Tapi tak kisah sangat pun sebab memang dah biasa tak makan lepas pukul 9 malam ke atas. Aku tidur di katil yang agak empuk cuma kesian kat isteri yang tidur di lantai dengan beralaskan kain pelikatku.
Kesian juga dekat orang sebelah sebab aku keluar masuk tandas kira-kira 10 kali. Tak tau le kenapa tapi paipku bocor semacam je. Huhuhuhu..

Esok pagi kira-kira jam 8.30 pagi aku diberikan pakaian hospital. Kena buka semua pakaian termasuklah spender ku. Oo ye baju hospital tu pula kena ikat belakang jadi isteriku kenalah tolong mengikatkan. Selepas itu aku terus ditolak ke bilik pembedahan. Aku tak berapa pasti tingkat berapa tapi macam tingkat 2 je.
Masuk ke dalam bilik pembedahan aku menunggu kira-kira dalam 15 minit sebelum masuk ke dalam kawasan pembedahan. First time , memanglah berdebar-debar tu membuak-buak dalam diri ni tapi ku cuba tetapkan hati dan cuba beristighfar. Aku dipakaikan dengan sarung kepala dan dimasukkan oksigen ke mulut. Doktor bius mula memasukkan ubat ke dalam saluran nadi. Memang terasa peritnya ketika ubat itu memasuki dalam badan dan aku terus GELAP.
Bangun-bangun sahaja aku terus berada di kawasan menunggu dan kira-kira 5 minit aku terus di tolak ke wad dimana isteri telah menunggu dengan penuh sabar. Masuk ke wad aku tidak terasa terlalu banyak perbezaan. Aku memulakan dengan memakan bubur yang dibekalkan. Boleh makan sikit-sikit sahaja sebelum selebihnya dihabiskan oleh isteri. Aku meminta isteri membelikan aiskrim vanila kerana dimaklumkan bahawa itu mampu mengecutkan luka-lukanya.

Selepas pembedahan. Memang terasa lemah badan ni
Makanan pertama dihidangkan selepas pembedahan
Makanan malam selepas pembedahan
Telah nampak ruang-ruang di belah tonsil

Makanlah aiskrim tersebut dengan berhati-hati. Selepas disemak oleh DrShaharudin tiada apa yang berbeza dan mungkin tiada masalah untuk aku keluar wad pada keesokan harinya (Khamis). Alhamdulillah petang tu rakan sepejabat datang melawat dan juga adik beradikku. Sambil tu ada juga adikku bawa bantal untuk isteriku tidur malam nanti.

Petang selepas pembedahan. Adik dan rakan sepejabat datang melawat

Malam kedua aku rasakan agak baik. Macam tak terlalu sakit sangat cuma masih berhati-hati untuk menjamah. Sekali lagi keluar masuk tandas. Aku juga ada dengar pesakit sebelah berbincang dengan jururawat untuk tidur di hotel. Tak tau le kalau dia terganggu dengan aku. Maaf la ye. Alhamdulillah pada hari Khamis aku pun dibenarkan untuk keluar dari wad.
Pergi ke tingkat bawah untuk selesaikan semua, agak terkujat bila diberitahu bahawa aku kena membayar RM550 kena insuran takaful ku jenis co-insurance. Ini bermakna aku kena bayar samada 10% dari kos rawatan atau maksima RM500. Okay, ini kesilapan yang aku tak pernah tau pun. Jadi bagi sesiapa yang ambil insurans aku rasa korang perlu tahu benda ni. Kalau tak mengigil juga nak cari duit RM500 tu. Bayangkan aku dah bayar deposit RM400 lepas tu tambah lagi RM550. Nasib baik memang ada lebihan pada bulan ni kalau tak masak juga le.
Jadi bagi yang ambil insuran/takaful pastikan bahawa tahu jenis. Tanya adakah anda perlu berkongsi bayaran perubatan atau tidak. Alhamdulillah untuk anakku, ejen takaful telah mengconfirmkan tiada bayaran tersembunyi ini. Harap betullah kalau tak memang kena luku dia nanti.

Ubat-ubatan yang menjadi peneman diri selama seminggu

Hari Jumaat aku duduk keseorang di rumah. Isteri telah pergi kerja manakala anakku dihantar ke rumah pengasuh. Memang hari yang agak membosankan. Mula-mula aku bercita-cita untuk nak pergi solat Jumaat tapi tak terdaya sebab tak boleh nak masuk makanan. Jadi terpaksalah aku tuang solat Jumaat pada hari tu.Aku nampak ada aiskrim vanila di dalam peti sejuk dan terus melayannya.
Malam tu nak jadi cerita aku terasa loya. Aku pun muntah dan diselangi dengan darah beku. Sedikit kerisauan melanda diri. Aku tak pergi ke Hospital Jasin sebab nanti akan menyusahkan dan ambil keputusan untuk berjumpa Dr Shaharudin pada pagi Sabtu tu. Alhamdulillah berjumpa Dr Shaharudin pada pagi Sabtu nak melakukan semakan. Ada sedikit luka pada dinding tempat rawatan tapi ia dah pun kering dan tiada darah mengalir.
Doktor juga bertanya adakah aku telah kemam ais. Aku memberitahu yang aku hanya berkumur-kumur sampai darah tu tiada lagi dalam kumur tu. Doktor menasihatkan agar jika berlaku lagi perlu kemam ais bagi menghentikan luka itu mengalir. Doktor juga membekalkan tambahan ubat. Oo ye sebelum ini aku dibekalkan dengan 4 ubatan iaitu ubat sembur Difflam Forte, Ubat Tahan sakit Arcoxia (Etoricoxib), Antibiotic Ixime dan Ultracet Paracetamol. Aku juga bertanya Dr Shaharudin bolehkah aku melihat tonsil tapi diberitahu yang ianya telah dibawa ke makmal untuk kajian. Agak kecewa juga sebab tak dapat nak ambil gambar tonsil tu tapi apakan daya. Yang penting dapat kesihatankan?
Pada hari Sabtu tu juga aku mendapat tambahan ubat Kumur Hidrogen Peroxida. Memang banyak ubat yang perlu ku jamah. Hari-hari seterusnya memang azab bagi diriku. Untuk menelan bukan perkara yang muda. Dan badanku mula susut. Dalam tempoh kurang seminggu berat badanku turun 4 kilogram. Apa taknya, untuk minum air juga merupakan satu kesukaran bagiku. Apabila air memasuki kerongkong ia seperti melalui laluan yang perit untuk tembus ke perut.
Kira-kira seminggu juga aku terpaksa menahan sakit dan juga tiada buang air besar. Alhamdulillah pada hari Sabtu (13.1.2018) aku telah mula boleh makan dengan baik. Tapi nasi atau makanan keras masih belum berani ku jamah. Ooo ye, aku juga telah berjumpa dengan doktor pada Selasa (9.1.2018) dan doktor menunjukkan bahagian pembedahan telah semakin baik.
Pada hari appoinment tu juga adalah hari ibuku membuat pembedahan untuk memasukkan kanta dalam mata. Agak sedih tak dapat ikut menziarahi. Nak buat camne kan dah sakit. Ketika appoinment tu juga aku mendapat berita menyedihkan tentang pemergian bapa saudaraku (Pak Itam) di Gemencheh. Niat di hati nak pergi melawat tapi apakan daya sebab berada di hospital. Tapi nasib menyebelahi bila diberitakan bahawa pengembumian akan dilakukan pada esok hari.

Esoknya aku pergi bersama abang, adik dan ibuku ke Gemencheh. Walaupun belum sembuh aku terasa nak pergi memberi penghormatan kepada arwah Pak Itam (Ahmad Bahari bin Hashim). Sampai di sana ramai sanak saudara telah berkumpul. Jenazah disolatkan di Masjid As Syakirin, Gemencheh dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran. Balik je dari pengembumian perutku mula merasa lapar. Yang tinggal ada cuma bihun. Aku memberanikan diri untuk menjamah sebab petang sebelum ni ok jamah bihun sup.
Baru dua tiga suap tekakku merasa pedih. Terpaksa aku menyembur dengan air mineral. Memang keperitan yang tak dapat digambarkan. Sakit seperti dicucuk di bahagian tekak. Lepas tu jiran arwah Pak Itam bawa pula nasi dengan lauk Ayam masak Lemak Cili Padi. Makanan favorite orang Negeri Sembilan tu. Aku hanya mampu memandang orang ramai makan sambil meneguk air liur(tu pun sakit juga).
Dalam perjalanan balik aku singgah ke 7 Eleven Gemenchen . Niat dihati nak beli aiskrim vanila tapi takde jadi sambar je aiskrim coklat. Di dalam kereta aku cuba menjamah tapi keperitan tetap juga dirasai dalam diri ini. Untuk pengetahuan korang seminggu ni aku terasa macam zaman budak. Pagi-pagi isteriku akan menghantar aku ke rumah mak untuk dijaga. Ye lah kalau aku duduk sendirian di rumah pasti lebih bahaya. Dah le tak de makanan takut tetiba pengsan atau termuntah takde siapa pula yang tau.
Di rumah mak pula aktiviti seharianku lebih kepada tidur atau melayan karenah anak saudara yang macam-macam hal.

Ketika aku menulis ni pada hari Ahad dimana Malaysia mengalami kesejukan melampau. Aku rasa tahap kesihatan telah 80% cumanya tekak akan berasa kering selepas bangun tidur. Keringnya tekak tu memang sedikit menyeksa. Selain tu ada terasa loya dan hidung rasa berangin.

Esok aku akan masuk kerja. AKu tak tau samada aku telah fit untuk melaksanakan tugas atau tidak. Apapun perjuangan perlu diteruskan.
Bagi mereka yang terasa sakit pada tekak untuk menelan aku mensarankan untuk terus ke Pakar ENT (Ear, Nose and Throat). Jangan tunggu-tunggu. Aku sendiri pun sebenarnya TERPAKSA melakukan pembedahan ini selepas bengkak pada tonsil dah masuk tahap Empat iaitu tidak boleh dikecutkan dan boleh mengalami risiko tercekik secara tiba-tiba yang boleh membawa MAUT. OO ye, lupa plak.. Pembedahan tonsil aku ni takde jahit-jahit. Memang luka sembuh secara semulajadi. Jadi memang kena hati-hati.

Gambar Sebelah Tonsil ku dimana ruang terlalu kecil untuk ku menelan dan bernafas

Apapun sayangilah tonsil anda dan elakkan dari dijangkiti. Sekian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 415