Cerita minggu lepas baru aku berkesempatan untuk menulis di blog pada hari ini. Macam biasa, pada awal tahun opis aku mesti akan buat Team Building.
Tahun lepas pejabatku buat Team Building di Ulu Langat bersama Petaminda Academy dan 2 tahun sebelumnya dengan Nur Insan Kamil di Bentong.
Untuk tahun ini sekali lagi Nur Insan Kamil di pilih cuma kali ini program diadakan di Nur Laman Bestari, Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor.
Macam tahun sebelumnya juga, aku bersama rakan-rakan menaiki bas untuk ke lokasi program Team Building tersebut. Sama juga seperti tahun sebelumnya, penat menunggu untuk sampai. Jadual sepatut sampai jam 5 petang tapi tiba kira-kira jam 8.00 malam.
Lepas makan, ambil penginapan dan terus ke dewan . Menariknya tahun ini aku menginap sekali dengan boss dimana dalam bilik tersebut dihuni oleh 7 orang.
Keadaan bilik kira oklah juga. Yelah, pegi team building kan. Takkan nak dapat kondisi hotel pula kan.
Dekat dewan penceramah pun memberikan pengenalan yang hampir serupa seperti team building 2 tahun yang lalu.
Memang malam tu agak ‘pewai’ menghadapi perjalanan kira-kira 4 jam lebih. Itu belum kira aku terpaksa menahan kencing sebab bas hanya berhenti sekali je dekat RnR Seremban.
Esoknya pagi-pagi memulakan episod dalam Team Building. Agak malang sebab aku dilantik sebagai Ketua Pasukan. Ketua Pasukan itu pula dinamakan sempena nama pejuang Islam. Nama yang dipersetujui ialah Umar Mukhtar. Siapa Umar Mokhtar merupakan pejuang pemimpin pergerakan menentang penjajahan Itali di Libya. Kiranya merupakan antara pejuang yang cukup ternama juga di masa dahulu.
Lepas tu kami diminta membuat design bagi memastikan bendera-bendera kumpulan dan bendera Malaysia dapat didirikan. Agak pecah kepala jugalah ahli-ahli nak memikirkan kaedah yang sesuai untuk dibangunkan sebuah tiang bendera yang kukuh di kawasan lapang tu.
Alhamdulillah berjaya juga didirikan dengan hasil usaha semua ahli.
Petang tu acara paling best iaitu Explorace. Sebenarnya takdelah nak cari klu sangat cuma aktiviti dia agak menarik. Merasalah masuk lumpur dan yang teramat best bila melayan air sungai yang sejuk tu. Memang best.Antara aktiviti :
1) Dua orang ahli kena jadi orang buta dimana mata ditutup rapat.
2) Seorang pegang lilin.
3) Seorang pegang belon yang ada angin dan belon ada air.
4) Semua ahli kena pegang tali.
5) Lepas tu kumpulan kena pergi ke 6 Checkpoint dengan aktiviti seperti terapungkan klip kertas, bola pingpong dalam paip air, susun kotak jadi huruf T, masuk lumpur, susun guli ke dalam tin, tempuh sungai bersama-sama.
Habis je acara tu ada acara memasak pula. Memang menarik sebab akhirnya makanan itu diadili oleh boss. Kena masak dalam kumpulan dimana hidangan cekodok, sandwich dan megi menjadi hidangan.
Petang tu memang cukup memenatkan. Agak malang tak de gambar masa aktiviti ni..
Malam pula kami kena buat aktiviti malam seribu kenangan. Team aku kena buat boria. Memandangkan masing-masing takde idea maka main hentam je. Pakai lagu Boria Suka-suka dari kumpulan Senario. Memang lari step je memasing.
Tapi takpe, janji heppy malam tu.
Esoknya iaitu pada hari Ahad (25.2.2018) acara memberikan pendapat. Okay., Yang ni malas nak cerita sebab………..Yang terakhir acara paling mencabar iaitu menaikkan paip yang disambung dan kena lepas sama-sama. Memang mencabar sebab hanya ada satu pasukan sahaja dan terdapat peraturan yang dicipta(walaupun banyak kali dilanggar).
Berjaya juga menyelesaikannya dalam tempoh 50 minit. Tiada pemenang kumpulan diumumkan memandangkan ini untuk satu jabatan.
Alhamdulillah nampak agak berjaya juga Team Building pada tahun ini. OOO ye, aku tak terlarat nak tulis detail. Cuma ini yang mampu kutulis. Almaklumlah cerita seminggu lepas, dah hilang sikit sebanyak memori dalam diri ni.