Tahun ni aku tak bercuti masa sebelum Hari Raya tapi seminggu lepas raya tu. Cerita seminggu tahun ni tak banyak berjalan sebab isteri aku dah start kerja.
Mula-mula tahun ni tetiba aku terasa rajin nak mengecat rumah. Bukan apa, ada caj lebihan rumah baharu maka aku pun menconteng di dinding tandas. Selain itu aku conteng juga dekat pagar depan rumah hasil lebihan cat abangku.
Hehehehe. Penat juga mengecat ni. walaupun tak cantik macam pro tapi okaylah juga untuk tatapan diri sendiri bila nak mandi atau nak melabur. Takdelah nampak dull je dinding tandas ni.
[ UbahSuai Rumah Yang Diinginkan]
Selepas 3 tahun, aku menukar tayar Myviku. Alhamdulillah ada rezeki lebih maka aku memberikan hadiah kepada kereta Myvi Silver ku ini. Dah 9 tahun lebih usia keretaku ini. Bermacam kisah suka duka yang ditempohi bersama.
Selain tukar 2 tayar aku juga meminta kedai tayar di Jasin untuk menyemak bunyi yang kedengaran. Ianya mengenai clutch pad yang perlu diganti. Aku setuju dan rabak juga RM855.00 . Aku tak tau murah atau mahal tapi setakat 1 hari membawa terasa perbezaan positif.

Alhamdulillah cuma sekarang ni aircond dan temperature yang sedikit mengusarkan. Aircond walaupun berfungsi tapi ia akan hilang sedikit demi sedikit sekiranya kereta dipandu terlalu perlahan dan ada berhenti dalam jangkamasa lama.
Masa balik kampung hari tu terpaksa aku ikut laluan jauh sebab laluan asal jem dan aku takut kereta overheat. Ini kerana indikator menunjukkan jarum ke H. Memang menakutkan dan terkenang kisah 5 tahun yang lalu.
Dikesempatan aku bercuti, menukar geran juga adalah antara yang telah kutangguhkan setelah sekian lama. Menukar geran yang berbentuk baharu serta tiada lagi nama Hong Leong Bank pada pemilik merupakan antara kepuasan yang diimpikan.

Sekarang ni selamba lah pegang geran yang dulunya ada nama pihak ketiga. Lepas ni nak kejar pula geran rumah. Memang lama lagi tapi tak mustahil boleh dipercepatkan nanti.
Okay, hari Khamis aku ada buat lawatan ke sebuah tapak projek solar. Tak boleh cerita panjang sangat sebab dah dipesan oleh orang yang membawa tu. Harap=harap dapat tengok bila projek itu siap sepenuhnya nanti. AMIN.

Itu serba sedikit artikel kali ini. Agak ringkas sebab aku pun takde idea nak mencanai cerita-cerita ni jadi panjang.