Quantcast
Channel: Blog Zool
Viewing all articles
Browse latest Browse all 416

Cari Duit dengan Mesin Rumput

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Aku rasa ramai dari pembaca blog ni yang pernah memotong rumput menggunakan mesin rumput. Tapi tak pelik jika anda tak pernah pun pegang mesin rumput ni apatah lagi menggunakannya.
Bagi anak-anak muda yang berusia 20-an dan ingin mencari duit tambahan ataupun sebagai pendapatan utama, aku rasa menjadi pemotong rumput adalah sesuatu pekerjaan yang mudah. Cuma anda memerlukan kudrat yang kuat untuk melaksanakannya.
Aku agak lewat untuk mengenali mesin rumput ni, jadi dalam usia nak ke 40-an ni agak sukar untuk aku menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan apatah lagi tulang-tulang sudah mula memberikan signal dah masuk usia TUA tu.
Tapi sekiranya korang atau orang yang dikenali masih duduk dirumah tanpa buat apa-apa aku mencadangkan gunakan mesin rumput sebagai salah satu peluang menjana pendapatan. Kenapa aku kata begitu? Sebab melakukan kerja-kerja memotong rumput ini tidak memerlukan skill yang tinggi berbanding menjadi buruh membuat rumah atau yang sekait dengannya.
Peralatan juga tidak banyak. Anda perlu membeli mesin rumput yang berharga sekitar RM2++ hingga RM5++. Bergantung kepada kapasiti. Korang boleh tengok-tengok kat banner Lazada kat bawah ni

Abang aku beli mesin rumput jenama Victa di Tangkak. Memang mula-mula agak kekok dan bermasalah. Almaklumlah jarang-jarang gunakan mesin rumput jadi terdapat isu sukatan minyak 2T yang dimasukkan sebelum ini. Alhamdulillah sekarang ni aku dah mula pandai untuk melakukan sukatan dan mudah nak startkan enjin mesin rumput tu.

Berbalik kepada tajuk cari duit dengan mesin rumput, aku merasakan modal yang diperlukan tidak banyak. Kalau beli mesin rumput yang agak baik pun harga sekitar RM500 dan peralatan lain yang perlu korang gunakan ialah cermin mata khas (untuk melindungi dari benda-benda masuk mata. Jangan gunakan cermin mata biasa nanti takut pecah). Cermin mata ni korang boleh je beli kat Mr.DIY. Tak ingat harga tapi kurang dari RM10.
Lepas tu beli juga sarung tangan untuk elakkan kotoran hasil dari kerja-kerja memesin tu dan kasut getah. Ala orang cakap kasut Phua Chu Kang tu. Hehehe. Ikutkan kos memang kurang dari RM20 tambahan. Campur minyak petrol dan minyak 2T anda perlukan tambahan kurang dari RM50. campur dengan mesin kena ada dalam RM550 je .

Mesin Rumput jenama Victa

Berapa banyak nak dapatkan modal? Pada pandangan aku, kalau korang bijak mencari peluang di satu taman sahaja, korang dah boleh dapat modal. Kenapa? Aku survey kat internet, perkhidmatan memotong rumput ni kira-kira RM40 bagi sebuah rumah. Kalau rumah teres yang bukan lot cornet pasti ia lebih mudah.
Korang perlu dapatkan dalam 15 rumah untuk dapat balik modal tu. Tapi agak memenatkan la kalau korang nak dapat 15 rumah dalam sehari tu. Aku rasa korang mungkin memerlukan dalam 3-4 hari untuk buat 15 rumah tu.

Dah lepas 15 rumah tu korang dah boleh selesa , cuma nak keluar modal untuk minyak dan makan sahaja. Selebihnya dah boleh kira untung. Mungkin ada yang cakap susah tapi korang baca artikel ni tentang Bangla mampu dapat RM200 sehari.
Kalau ikutkan calculation, buat 5 rumah sehari dah mampu dapat RM200 tu. Tapi kena rajin lah dan tebalkan muka sikit. Mula-mula buat sendiri lepas pandai korang dah boleh jadi kontraktor gajikan orang. Tak gitu?

Okaylah aku cerita ni untuk motivasi koranglah ye. Aku mungkin tak terdaya nak masuk dalam bidang ni. Cuma mampu buat kat belakang rumah je untuk diri sendiri. Kurang-kurang takde lah nak kena bayar Bangla mesin rumput belakang rumah mak dan juga kebun belakang rumah tu.

Kalau ikutkan hari tu ada orang ambil RM1,000 kalau nak bersihkan kebun getah peninggalan arwah bapa tapi dengan buat perlahan-lahan mampu juga aku mengerjakan sedikit sebanyak .


Viewing all articles
Browse latest Browse all 416