Quantcast
Channel: Blog Zool
Viewing all articles
Browse latest Browse all 415

Side Mirror Myvi patah telah diganti

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Merujuk kepada artikel pada bulan Julai 2019 yang lalu mengenai side mirror Myvi Patah. Sebelum itu aku cuba berjimat dengan menggunakan gam bagi memastikan side mirror masih berfungsi tapi akhirnya ku terpaksa akui bahawa ia tindakan yang tidak tepat.
Aku akhirnya mengambil keputusan membeli bracket side mirror di Lazada. Mula-mula ingatkan nak cubalah buat DIY tetapi bila dibuka pada sebelah tepi memang tak mampu la.
Akhirnya aku terpaksa meminta rakan sejiran, Adi Towing bagi menyelesaikan masalah ni. Hampir sejam juga pemasangan dilakukan dan akhirnya side mirror belah kiriku berdiri tegak jua akhirnya..

Okay, kos aku terpaksa belanjakan adalah :-
1) Bracket dari Lazada : RM 42.00 (termasuk kos pos)
2) Bayaran upah Adi : RM20.00 (murah kot)..


Rasanya ini lebih berbaloi dan kukuh dari aku membeli gam yang memang berharga RM2.00 tapi menganggu keadaan keretaku. Buat masa ni, pemanduan kereta ke pejabat di rehatkan sementara waktu. Meskipun petang-petang hujan namun aku masih merempit dengan motosikal Kriss. Seronok pula balik kerja mandi hujan petang.
Cuma penatnya bila sampai kat rumah le..

Terasa macam ahli KRU pula bila pakai baju hujan ni


Viewing all articles
Browse latest Browse all 415