Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Aku taip entri ini lebih awal dari sepatutnya. Bukan apa, terasa perbezaan sambutan hari Kemerdekaan yang bakal disambut beberapa hari lagi.
Jika pada tahun sebelumnya aku akan menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Melaka di Dataran Pahlawan tapi tahun ini tiada.
Di sebabkan isu COVID-19 menyebabkan acara yang besar di Melaka ini juga dibatalkan. Selain itu Hari Kemerdekaan tahun ini nampak kurang menyegat apatah lagi dimedia masa pun kurang dibicarakan.
63 Tahun Malaysia telah merdeka dari jajahan British merupakan satu kebanggaan bagi negara.
Mungkin ramai yang juga terlupa dengan Tema Kemerdekaan bagi tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’.
Disini juga aku berkongsi serba sedikit tentang makna Logo tersebut :-
Logo Berbentuk Hati
Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
Warna Biru Tua
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Bulan Sabit
Islam adalah agama bagi persekutuan
Bintang Pecah 14
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan,
Stigma Bunga Raya
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
5 Titik Merah
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.
Sumber :- Malaysia Merdeka
Bagi sesiapa yang ingin menggunakan logo tersebut, korang perlu tengok manual yang disediakan ni.. http://malaysiamerdeka.my/web/wp-content/uploads/2020/07/MANUAL_LOGO_HKHM2020_B5.pdf
Jangan memandai-mandai nanti boleh kena denda dan tangkap tu..
Kepada rakyat Malaysia di luar sana, meskipun tahun ini berbeza berbanding sebelumnya tetapi sedikit sebanyak kita dapat merasai bagaimana peritnya hidup terkurung.
Tidak dapat bergerak bebas seperti biasa. Ada peraturan ketat yang membataskan pergerakan kita terutama ketika berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempohari.
Bayangkan bagaimana agaknya negara yang tidak bebas dan sering berhadapan dengan ancaman penjajahan. Memang sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita nikmati kini.
Jagalah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu dan janganlah diabaikan…