Quantcast
Channel: Blog Zool
Viewing all articles
Browse latest Browse all 416

Selamat Jalan Makcikku

$
0
0

Semalam ikutkan nak pergi jalan-jalan Melaka. Kononnya nak try masuk The Shore Oceanarium Melaka tapi tengah-tengah jalan isteri baca whatsapp group keluarga yang mokteh telah meninggal dunia..

Dah tengah jalan hampir traffic light Hospital Pantai, terus pusing untuk balik rumah menukar pakaian dan pergi ziarah ke Felda Palong 3..

Mula-mula ingatkan nak bawa je kereta Viva tapi kebetulan abang pun cuti dan dia pun nak pergi. Selamat sikit sebab tengok tayar Viva tu ada sikit isunya.. Aku pergi ngan abang, isteri dan anak kecil serta orang paling penting, Mak..

Mokteh meninggal di Hospital Seremban dan sebelum sampai ke Palong, jenazah dimandikan dahulu di Masjid Seremban. Tak silap aku, masjid kariah mak saudara di sana.

Sampai di Felda Palong 3 tu dalam 3.15.. Dalam 3.45 lebih kurang van jenazah tiba.

Jenazah singgah dan anak-anak mokteh pun memberikan penghormatan terakhir. Aku cuba masuk nak tengok reaksi mak. Dan mak memberikan reaksi yang hampir sama seperti ketika suaminya(bapa aku) dan abangnya meninggal.. Tiada air mata bercucuran tapi aku tau ada kesedihan dalam dirinya sebab ini adalah antara adik ipar(meskipun usianya lebih tua) yang rapat berbanding adik ipar yang lain.

Pandangan sayu tu yang aku ingat setiap kali mak melawat kenalan terdekat meninggal dunia..

Mak pernah melihat waktu-waktu terakhirnya bapanya(atuk aku) meninggal dunia, mak mertuanya meninggal (nenek aku) dan suaminya (bapa aku). Cuma abangnya tak dapat ditemui pada waktu terakhir.

Mak memang tabah hal-hal sebegini. Kalau nak ikutkan, mak adalah seorang yang cepat panik dan gelabah tapi kalau hal sedih camni dia ok je.. Perkara yang aku rasa takde ni..

Kemudian aku terjumpa Pak Ngah. Aku rasa dia mesti antara orang yang paling terkesan selain dari keluarga Mok Teh. Pak Ngah pun baru kehilangan isteri (tahun ni atau tahun lepas) dan kini dia kehilangan adiknya. Ada perasan dia cerita yang anak kedua iaitu dia yang tinggal sedangkan yang no 1 , no 3, no 4,no5 sudah pergi meninggalkan dia..

Aku ingat lagi ada waktu hari raya, dia pernah cakap yang raya tahun depan dia tak datang. Dan ketika itu bapa masih sihat tapi rupa-rupanya adiknya yang pergi dulu.

Pergi ke kawasan kubur, proses pengebumian dilakukan dengan cepat.Alhamdulillah, kawasan kampung masih menggunakan kaedah tradisional. Masa arwah pak Long di Bangi 2 bulan lepas menggunakan mini excavator untuk menimbus tanah.

Kalau guna tradisional, dapatlah anak serta cucu membuat pengorbanan terakhir mereka..

Itulah yang aku nak kongsikan serba sedikit.

Al Fatihah untuk Mak Saudaraku , Hjh Mariam binti Abdul Hamid


Viewing all articles
Browse latest Browse all 416