Minggu ni Sukan Olimpik Rio dah bermula. Maka aku pun sibuk juga mencari info-info untuk blog ligakampung.com. Tapi itu bukan bermakna blog ni kesunyian. Aku kena juga menaip sedikit perkembangan yang boleh dikongsi bersama. Apatah lagi hujung minggu depan ni mungkin aku takde di Melaka dan sudah tentu blog ni dan juga blog lain akan sedikit sunyi.
Latihan Kawad
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, jabatan aku akan menghantar wakil untuk perbarisan Hari Kemerdekaan. Macam biasa juga aku akan diPAKSA rela untuk menjadi salah seorang dari 40 orang peserta. Almaklumlah, jabatan ku ni kecil je. Ada lah lebih kurang 50 orang. Tolak dengan yang memang sediaada sakit ditambah yang mengandung kenalah aku yang gagah perkasa ni ikut serta.
Berdasarkan perkiraan, tahun ini adalah kali ketiga kami akan menyertai perarakan Hari Kemerdekaan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka pada 31 Ogos 2016 nanti. Jadi sebelum berarak, kenalah ada latihan. Jika tahun sebelumnya, latihan diadakan pada sebelah petang tapi tahun ini diadakan pada sebelah pagi Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Bagus juga sebelah pagi sebab dapat juga #TeamPuncheat berlari pada sebelah petang Isnin dan Rabu. Kalau dia buat sebelah petang, mungkin sedikit terganggu jadual larianku.
Latihan kawad memang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi kena berdiri dan berarak mengikut arahan. Dan yang sukarnya adalah untuk BERSAMA dengan ahli lain. Seringkali sahaja hayunan tangan tak sekata antara satu sama lain. Aku pun selalu juga salah. Almaklumlah ada yang tangan panjang dan ada yang tangan pendek. Itu pun belum kira lagi yang hayun tak habis. Memang susahlah nak sama, apatah lagi nak menang dalam perbarisan tu nanti. Itu belum masuk lagi time arahan ‘Pandang Kanan’. Ini yang boleh menyebabkan koordinasi ahli kawad berterabur kalau takde latihan. Tapi takpelah, ini adalah satu tugas yang perlu direalisasikan. Saya Yang Menurut Perintah, arahan yang perlu dilaksanakan selaku kakitangan awam.
Kalau ikutkan laluan lama, rasanya kawad hanya dalam jarak 1 kilometer lebih dari Dataran Pahlawan ke Stadium Hang Tuah cuma yang penatnya masa nak menunggu tu nanti. Entah dapat nombor berapa tak tahu le. Kalau nombor hujung-hujung memang nanti MOOD pun terganggu. Harap-harap tahun ini skuad kawad LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi.
OO.. Apa tema Hari Merdeka 2016? Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 masih mengekalkan tema Sehati Sejiwa.Semoga kita dapat menghayati apa itu SEHATI SEJIWA yang ingin disampaikan.
KENAPA AKU SERVIS DI PUSAT SERVIS PERODUA
Minggu ini juga aku ambil kesempatan pada hari Sabtu untuk servis kereta Myviku itu. Kalau ikut jadual memang dah terlambat sikit sebab sepatutnya bulan lepas. Tapi takpelah, setakat ini takde apa-apa. Lagipun aku takde pula jalan jauh. Lainlah kalau ada jalan jauh, mungkin MASAK juga. Teringat kes sedih pada tahun 2013 yang menyebabkan aku terpaksa mengganti enjin.
Aku tahu, ramai dari kita yang tak berapa suka servis kereta di pusat servis. Tak kisahlah kereta Perodua ke, Proton ke.. Tapi memang ramai yang akan pergi ke bengkel biasa berbanding ke pusat service. Secara jujurnya aku pun SAMA dulu. Tapi kes pada tahun 2013 lalu menyebabkan aku mengambil keputusan ke pusat service Perodua. Memang diakui harganya MAHAL berbanding di bengkel biasa tapi aku merasakan keretaku sudah lama dan elok kiranya mendapatkan alat ganti yang tulen. Lagipun sekarang ni penyelenaggaraan berkala tu takdelah kerap sangat macam dulu. Berdasarkan jadual, hanya 2 kali je penyelenggaraan dalam tempoh setahun. Jadi walaupun harga MAHAL namun masih berbaloi lagi. Cuma kalau nak ganti macam tayar atau aircond aku masih guna kat BENGKEL biasa. Sebab rasanya harga terlalu jauh bezanya.
Selain itu, Perodua Service telah ada di Jasin dimana jaraknya dari rumah boleh berjalan kaki. Jadi rasanya elok aku hantar ke Perodua Service yang dekat. Lagipun setakat ini aku rasa perkhidmatannya ok. Walaupun kadangkala agak lambat tapi tak kisahlah sebab biasa aku hantar dan tinggalkan. Tunggu dia telefon je. Jadi takdelah membuang masa sangat kat sana.
Ok, pada pendapat aku samada menghantar di pusat service atau di bengkel biasa ada PRO dan KONTRA nya. Ia juga bergantung kepada NASIB. Ada bengkel yang baik dan ada juga pusat service yang teruk. Yang penting kita kena tahu sedikit sebanyak tentang aspek penyelenggaraan kereta ni. Tak semesti kita nak kena buka sana buka sini tapi takdelah kita kena temberang dengan MEKANIK kereta tu. Kalau korang tak nak kena temberang baik dapatkan ebook PANDUAN MENJAGA KERETA ni. Semenjak kes aku kena kencing dengan bengkel kereta di Nilai tu, aku banyak berhati-hati dengan bengkel TANPANAMA ni.
Ok, cukuplah sedikit sebanyak kisah yang aku boleh kongsikan. Mungkin kalau korang ada kisah yang hampir serupa bolehlah cerita kat ruangan komen kat bawah ni.